Cinta itu indah ♡

Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, syukran ya Rabb because im still alive. First of all, I would like to say sorry sebab dah lama gila tak update blog. Its not because im busy or what. Its just malas gila nak taip panjang-panjang hehehe. Alhamdulillah, sudak 14 tahun 7 bulan aku bernafas di bumi Allah ini, syukran. Banyak juga ye pengalaman pahit manis yang telah aku tempuh selama ini (( ayat macam dah lama je hidup )) So, here we go! :)

   Seperti tajuk dia atas, cinta itu indah. Hahaha aku rasa dah banyak kali aku buat post mengenai cinta & aku juga telah buang beberapa post, maaf sebab ada sesetengah ayat aku yang begitu kasar dekat post yang lama & maybe sebab banyak kenangan lama dekat post tu. Ye memang benar cinta itu indah. Cinta itu indah bila kita menghargainya. Tetapi alangkah indahnya kalau cinta itu berlandaskan di jalan yang benar. Jalan yang diredhai Allah. Ramai remaja pada zaman moden kini hanyut dengan cinta duniawi. Kiss sana kiss sini. Berpegangan tangan bagi yang couple semua tu. Aduh abang-abang & akak-akak sekalian, jagalah perlakuan mu itu. Malu aku melihatnya. Hawa, jagalah diri anda sebaik mungkin.

Menarik nafas sebentar.

   Kepada sahabat-sahabatku sekalian, pada pendapat aku, kalau korang hendak bercinta, fikir-fikirla dulu. Well, aku pun remaja juga. Melalui perasaan yang sama. Perasaan ingin bercinta semua tu la. Tapi korang kena la tahu nak bahagikan masa bercinta tu. Jangan sampai ganggu pelajaran. Seelok-eloknya, belajar la dahulu.. Perjalanan korang ni masih panjang lagi. Sekarang ni lah waktu untuk kita mencari ilmu. Memperdalami ilmu-ilmu yang telah tersedia ada.  So I found this tweet "Orang kata I LOVE YOU. Kita jawab: “Ahabbaka llazi ahbabtaniy lah.” Semoga Allah mencintaimu & Dialah membuat engkau mencintaiku kerana-Nya”" Maha suci Allah. Sesungguhnya cinta itu benar-benar indah. Sepatutnya kita bersyukur dengan pemberian ini.

  Pada pendapat aku la ye, cinta ni bagus sebenarnya. Kadang-kadang ia buat aku bersemangat nak pergi ke sekolah sebab nak jumpa crush. Itu salah sebenarnya sebab dah lain niat. Kita sepatutnya pergi ke sekolah untuk menimba ilmu bukannya nak tengok orang yang tersayang or what hehe. Korang jangan la kata "aku nak bunuh diri. Hidup ini tak bermakna lagi" lepas break up or what. Bila aku tengok orang buat tweet or status macam ni, aku rasa macam diorang ni tak ada otak. Maaf. Hidup ini banyak lagi benda yang boleh kita penuhi. Tak guna nak bunuh diri semua tu lepas clash or what, sebab apa orang akan kata diri kau bodoh. Maaf sekali lagi. Ini hanya pendapat aku.

Melepaskan keluhan yang berat.

  Konklusinya, cinta itu indah sangat! Masa kahwin ye bukan sekarang hehehe. Tak sabar sangat ke? Ha pi kawin awal awal. Kalau dah rindu sangat dekat orang tu, berdoa la kepada Allah supaya kehidupannya bahagia.. Kita masih muda. Tak perlu nak membazirkan air mata semua ini. InsyaAllah suatu hari nanti, akan ada yang lebih baik daripada si dia. So, belajar dulu. Dapatkan keputusan yang cemerlang. Masuk universiti, bekerja haa baru dok pikiaq pasai cinta ni haha. Aku pun masih muda sebenarnya nak kata pasal cinta ni tapi ini hanyalah pendapat ye. Akhir kata,  salam ukhuwah fillah kepada yang baru sahaja melawat blog aku ni! :D

Nota : Kepada kawan-kawan aku yang baca entry ni, janganlah terasa. Ini hanyalah nasihat semata-mata. Dan kepada yang tidak puas hati dengan aku kerana post ini, maafkanlah aku andai kata ada terguris hati.. Maaf..